INTERNATIONAL ISLAMIZATION INTEGRATION COMPREHENSIVE EXCELLENCE
*****UPHOLDING UNIVERSITY ASPIRATION*****



Aug 11, 2006
"dasar Pensawastaan Sanusi Junid"

 

 

Satu kampus hanya terkejut apabila mendengar berita yang hostel di UIA akan diswastakan????

 Merujuk ilmu dan falsafah Ekonomi, penswastaan bermaksud ingin mengurangkan kos pengurusan sesebuah negara dengan membenarkan investor/peniaga lain mengaut keuntungan apabila melabur dalam bisnes tersebut.

 Track Record sepanjang Dasar Penswastaan Malaysia, telah menyaksikan berpuluh syarikat GLC bankrap dan lumpuh (Contoh; Perwaja, Proton, Bakun Projek dan ....) selain menggalakkan unsur kronisma dan nepotisma dalam pentadbiran negara. Akhirnya Rakyat menjadi mangsa dan ’lauk’ akibat rasuah pemimpin negara.

 Apa pulak impaknya kepada pelajar UIA????

  1.  Yuran Hostel pasti naik akibat pihak pelabur/investor yang nak memaksimakan profit.
  2. Gerakan menyaman Pelajar akan bertambah semata-mata untuk menambah profit. Kaut duit macam jual goreng pisang.
  3. Pelajar mungkin juga perlu membayar parking moto dikawasan yang disediakan.
  4. Kemungkinan juga bayaran 20 sen dikenakan apabila menggunakan tandas lebih drp 10minit untuk menampung bil air. jika melebihi 30minit, maka layak disaman.

Kenapa pula isu ini tidak ditentang hebat?????

 Ini kerana..........

  1. SRC berpecah-belah & wujud usul tidakpercaya terhadap Presiden.
  2. Slogan SRC ,“Upholding University Aspiration“ yang mengandungi unsur ampu dan bodek.
  3. Pentadbiran UIAM  menjanjikan kebajikan pelajar diutamakan. Kata-kata nista yang sama pernah dilaungkan oleh Tun Mahathir dulu.
  4. MRC yang penakut dan bacul bak ‘tikus yang takutkan kucing tempang’

 

Realiti & Hakikat:

  1. Perkhidmatan di UIA telah di'private'kan termasuk Transportation (Bas) and Security Guard.... Namun, kecurian motosikal masih banyak berlaku. Maksiat pulak makin banyak.
  2. Minggu ini (11-13 Ogos), semua asst. manager bagi setiap mahallah sedang menandatangani agreement menyokong dasar penswastaan di langkawi.
  3. Dasar Penswastaan Mahallah dijangka akan terus dijalankan pada awal November (semester 2,sesi 2006).
  4. Menurut sumber MRC & Principal Council, yuran mahallah akan dinaikan 2 kali ganda (sekarang RM3.50), jumlah yang perlu dibayar oleh seorang pelajar adalah RM8 sehari......Cuba darabkan RM 8 dengan 30 hari sebulan. Then darabkan dengan 3 bulan 15 hari......tak ke mampus pelajar nak bayar?
  5. Alasan yang digunakan pihak IIUM adalah kerana yuran hostel UIA masih rendah berbanding IPTA lain......TAPI Sanusi kene ingat yuran belajar di UIA adalah yang paling tinggi.
  6. Dalam hal ini Rektor baru dikatakan tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana segala-galanya di bawah Sanusi Junid.

p/s: Mengikut teori dan hukum ekonomi, sifat peniaga adalah ingin memaksimakan profit dan meminimakan kos. So, kalau sekarang IIUM Holding tidak naikkan yuran LAIN, hipotesis yang boleh dibuat adalah kemungkinan tahun depan yuran LAIN bakal naik.  

 "TERIMA KASIH SRC & SANUSI KERANA NAIKKAN YURAN KAMI"


Posted at 05:30 am by islamicthinker
Make a comment  

Jun 19, 2006
SRC ada ViSi BeSaR!-Editor


Ahbar Mahasiswa yang bertemakan API Perjuangan keluaran edisi ke 29 menampilkan wawancara penuh bersama Naib Presiden III SRC, Mohd Nazri Saidon yang dipilih tanpa pilihanraya kampus berikutan penarikan diri dan kempen "BOYCOTT SRC SElection" oleh sebahagian calon yang tidak berpuashati dengan syarat dan peraturan PRK yang dikatakan "not free & not fair".
Secara tidak langsung, peluang tersebut telah mencerminkan wibawa dan kemampuan barisan SRC dalam mendokong Islam Hadhari & RMK-9 apabila diminta mengupas berkenaan isu tersebut. Inilah yang dikatakan Mahasiswa Juru Bicara  Masyarakat, Pendokong Aspirasi Negara.
Antara idea dan gagasan yang disokong oleh beliau adalah penekanan kerajaan pimpinan Pak Lah terhadap kualiti modal insan dan 10 Prinsip Islam Hadhari. beliau dengan tegas mengatakan bahawa Islam bukan mengajar kepada bersikap jumud malah perlu terbuka terutama dalam membangunkan negara. sungguh hebat idealisma dan karismatik yang ditunjukkan.
Namun, Dimana SRC sewaktu seorang 'sister' ditangkap khalwat? Isu yang sungguh memalukan Dunia Triple ICE lantaran menghambarkan Prinsip Hadhari yang diperjuangkan!
SRC perlu bertindak............



Currently listening to:
Gran Turismo
By The Cardigans



Posted at 01:28 am by islamicthinker
Make a comment  



<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed